Kita boleh lihat Wacana Sinar Harian : “Adakah Tun Dr Mahathir Terlalu Tua untuk Menjadi PM?” adalah pertembungan antara pihak retorik dan pihak logik

Kita boleh lihat Wacana Sinar Harian : “Adakah Tun Dr Mahathir Terlalu Tua untuk Menjadi PM?” adalah pertembungan antara pihak retorik dan pihak logik.
Retorik dan logik adalah berbeza sama sekali.
Retorik adalah meyakinkan orang lain terhadap sesuatu pendapat dengan menghalalkan segala apa cara walaupun terpaksa menggunakan falasi (hujah tidak berkait), sentimen dan kosong fakta.
Manakala logik pula adalah penggunaan hujah relevan dan signifikan dengan isu, yang mana hujah tersebut mempunyai nilai relevan dan berupaya menentukan baik buruk penilaian sesuatu pendapat.
Kalau kita tengok perbincangan semasa dan susulan Wacana Sinar Harian, kita akan dapati bahawa segala perbincangan yang mengkritik kembali Dr. Kamarul Yusoff semuanya kritikan yang tidak berkaitan dengan isu-isu relevan dengan tajuk.
Isu gagap, isu cara duduk, isu gambar tunduk ke bawah, isu tidak berdiri semasa kedatangan Dr Mahathir (when he’s not obliged to) dan lain-lain sentimen yang diperkata-katakan.
Sedangkan Dr Kamarul Yusoff tatkala membincangkan tajuk wacana tersebut, beliau melampirkan segala hujah dan fakta yang mempunyai nilai relevan dengan isu tajuk.
Isu percanggahan Tun Dr. Mahathir dengan ucapan beliau yang mengatakan Anwar Ibrahim terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri kerana sudah mencapai umur 70-an, sedangkan beliau (Tun Dr Mahathir) pula berumur 93 tahun pada waktu sekarang, tua 20 tahun daripada Anwar yang didakwanya tua itu, tetapi beliau masih ingin menjadi Perdana Menteri.
Ucapan Tun Mahathir ini menjadi hujah relevan kerana ini adalah pendirian Tun Dr Mahathir sendiri. Nilai tanaqudh (percanggahan) pada ucapan Tun Dr Mahathir ini memberi impak kerana ia mempunyai dua kemungkinan sahaja : samada beliau (Tun Dr Mahathir) silap dalam mengkritik Anwar terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri, atau beliau betul dalam mengkritik Anwar terlalu tua, tetapi pada masa yang sama ia bermaksud beliau juga tidak layak untuk jadi Perdana Menteri kerana beliau juga tua. Bahkan, beliau lebih tua daripada Anwar, maka beliau lagilah tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.
Inilah nilai signifikan pada hujah ini. Sekiranya tuanya umur Anwar dijadikan hujah oleh Tun Dr Mahathir sendiri untuk mengatakan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri, kenapa hujah tua tersebut tidak terpakai kepada dirinya juga sedangkan beliau lebih tua daripada Anwar?
Isu moral yang berkaitan dengan Tun Dr Mahathir seperti menghina Tuan Guru Nik Aziz dan terpalit dengan persoalan : “Adakah Mahathir fitnah, atau Anwar peliwat?”. Persoalan yang tidak terjawab dan tidak mampu dijawab sampai sekarang. Nilai signifikan tanaqudh di sini penting kerana ia boleh mempunyai dua kesimpulan sahaja : samada Tun Dr Mahathir tidak bermoral kerana memfitnah Anwar Ibrahim, atau Tun Dr Mahathir tidak bermoral kerana berkomplot dengan seorang penjenayah liwat. Inilah nilai signifikan hujah ini dalam menentukan baik buruk Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, juga memberikan impak pada tajuk wacana.
Akhir sekali hujah spiritual, bagaimana Tun Dr Mahathir sudah dikenali dengan sifat Islam Liberalis dimana al-Quran ditafsirkan dengan akal sendiri. Tun Dr Mahathir pernah mengatakan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur kerana tiada Gillette. Tun Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa hudud adalah rekaan ahli fuqaha sedangkan ada berpuluh ayat al-Quran tentang hudud bahkan menjadi ijmak ulama. Tidak terlupa juga bagaimana Tun Dr Mahathir diketahui sebagai seorang yang melarang isterinya daripada memakai tudung walaupun isterinya sendiri yang menyatakan hajat untuk bertudung. Bahkan, beliau mengatakan bahawa isterinya harus mendapat keizinan beliau dahulu barulah boleh bertudung. Berdasarkan penampilan Tun Dr Siti Hasmah sekarang, dapat diketahui bahawa Tun Dr Mahathir masih tidak memberikan keizinan kepada Tun Dr Siti Hasmah untuk bertudung.
Hujah spiritual ini relevan kerana ia menentukan arah pelayaran wacana samada berakhir kepada kesimpulan atau tidak. Nilai spiritual yang wujud pada Dr Mahathir penting untuk dinilai kerana ia menentukan samada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri mampu membawa Islam dengan pemahaman yang betul atau tidak.
Dari sini, kita dapat lihat bahawa segala hujah daripada Dr Kamarul mempunyai nilai relevan dalam perbincangan wacana, dan tidak boleh dinafikan bahawa setiap daripadanya dibuktikan dengan sifat, pendirian dan perlakuan Tun Dr Mahathir sendiri. Inilah logik dalam menilai, menilai sesuatu pendapat berdasarkan penilaian fakta dan taakul yang betul.
Adapun daripada pihak retorik pro-Mahathir maka saya terkilan mendengar slogan, “pemimpin tua yang adil adalah lebih baik daripada pemimpin muda yang rasuah dan korup”. Ungkapan seperti ini tidak sepatutnya diungkap kerana ia ungkapan sentimen yang terpalit dengan falasi yang sangat jelas. Bahkan, sentimen ini dikenali sebagai false comparison dalam ilmu retorik.
Soalan yang lebih signifikan untuk ditanya dan lebih adil adalah,
“Adakah pemimpin tua yang adil lebih baik daripada pemimpin muda yang adil?”
Sepatutnya hanya istilah tua muda sahaja yang dijadikan coverse (diterbalikkan) kerana titik pertembungan adalah pada tua dan muda, bukan tua adil dan muda korup. Membandingkan antara pemimpin tua yang adil dan pemimpin muda yang korup adalah perbandingan yang tidak munasabah dan juga termasuk dalam falasi retorik.
Kalau begitu kenapa tidak tanya,
“Yang manakah lebih baik, pemimpin tua yang korup atau pemimpin muda yang adil?”
Dengan menukar persoalan menjadi sebegini, kita dapat lihat bagaimana terserlah falasi dan ketidakadilan pada ungkapan tersebut.
Tidak terlupa juga retorik yang diungkapkan, “orang tua mengalami kurang tekanan perasaan berbanding orang muda” yang digunakan sebagai hujah pro-Mahathir.
Hujah ini tidak relevan kerana tekanan perasaan orang tua dan tekanan perasaan orang muda berbeza sama sekali, mana boleh mudah-mudah samakan. Orang muda melalui zaman adolescense (keremajaan) dan preadulthood (pradewasa) yang mendepankan lebih banyak kerja dan isu, manakala orang tua sudah melepasi emotionally critical phase (fasa emosi kritikal) dan sudah menginjak fasa rehat. Membandingkan statistik stress orang muda dengan stress orang tua adalah tidak logik. Ia dikira sebagai inconsistent comparison (perbandingan tidak konsisten) kerana kerja dan fasa antara orang muda dengan orang tua adalah berbeza sama sekali.
Kalau kita lihat, hujah-hujah pro-Mahathir ini mempunyai kecelaruan dalam penyimpulan maklumat dan penyususunan logik. Ini membawa kita kembali kepada kritikan-kritikan terhadap hujah Dr Kamarul Yusoff yang dibalas dengan hujah-hujah non-significant seperti isu duduk, isu gambar, isu gagap dan sebagainya. Isu-isu ini hanyalah isu sentimen, dan tidak mempunyai nilai signifikan dalam menolak hujah-hujah Dr Kamarul Yusoff.
Cara duduk Dr Kamarul tidak membatalkan hujah beliau bahawa Dr Mahathir mengakui beliau sudah terlalu tua.
Gagapnya Dr Kamarul tidak menolak kesabitan fakta bahawa Dr Mahathir masih terpalit dengan isu liwat Anwar.
Tidak bangunnya Dr Kamarul sewaktu kemasukan Tun Dr Mahathir tidak menafikan bahawa Dr Mahathir masih melarang isterinya bertudung.
Walhasilnya, segala sentimen yang dibangkitkan ini tidak menggugah pun segala pernyataan dan fakta Dr Kamarul, bahkan semuanya adalah serangan Ad Hominem (serangan peribadi) dan Ad Ethics (serangan tatasusila). Kalaupun serangan-serangan tersebut benar, ia tetap tidak menggugah apatahlagi menolak hujah-hujah Dr Kamarul. Serangan dan kritikan-kritikan seperti ini dinamakan Non-Sequitor, iaitu tidak mempunyai nilai relevan dengan tajuk, tidak menolak hujah mahupun menambah hujah.
Walaupun kita akui Dr Kamarul bukanlah orator sehebat Anwar Ibrahim mahupun preacher selunak Azmin Ali, tetapi hujah beliau tidaklah tertolak hanya kerana kekurangan dalam seni pengucapan mediasi. Seni dan kemahiran beliau lebih jelas dalam bidang penulisan, pada masa yang sama kekurangan kemahiran public oration beliau tidak menafikan dasar-dasar hujah dan fakta yang telah beliau gariskan.
Barangkali kita sudah jauh tersasar dalam menilai sejauh mana signifikannya sesuatu hujah dan juga sudah lupa betapa pentingnya kemampuan untuk membezakan hujah daripada falasi-falasi dan sentimen.
Yang akan menentukan dimanakah negara kita akan berlabuh adalah mereka, nahkoda pemimpin. Maka lihatlah kamu kepada pemimpin dan nilailah mereka dengan mata hati dan akal penuh hujah. Jangan nama saja wacana, sepatutnya ilmiah, tetapi isi perbincangan diabaikan, isu kecil pula yang difokuskan.
WallahuA’lam

155 Replies to “Kita boleh lihat Wacana Sinar Harian : “Adakah Tun Dr Mahathir Terlalu Tua untuk Menjadi PM?” adalah pertembungan antara pihak retorik dan pihak logik”

  1. dari pagi baca dan tengok video Mahathir The Legend semua kutuk peribadi sahaja…takde pon nak discuss pasal fakta kan..ternyata mereka macai low class tau attack peribadi dan ajak orang utk kutuk fizikal manusia ciptaan Allah..

  2. Yang mengadakan forum tersebut Sinar Harian. Yang mengadakan tajuknya pun pastilah Sinar Harian. Justeru, kenapa pula yang jadi bahannya Dr. Kamarul?Kenapa pula kalau Dr. Kamarul tidak bersetuju dengan Dr. Mahathir seolah-olah ia suatu kesalahan fatal sedang itu adalah tajuk diskusi forum?

  3. ayat ini tidak adil tidak berapa tepat ;-” Yang manakah lebih baik, pemimpin tua yang korup atau pemimpin muda yang adil “ayat ini ada berat sebelah….hahahahaha

  4. Orang melayu sekarang(baca:pengikut PH) dah tak pandang fakta dan hujah.Suka lihat gimik dan WOW.yang tu barulah nampak hebat.Takda beza dengan peminat Dato Vida dan Sajat.

  5. Ala kulli hal, dia berani berada dipentas ‘orang’ dan sempat menyatakan hujahnya. Dia tak tarik balik pun apa yg dikata dan yg ditulis bila tiba2 munculnya Tun.

  6. Yang dikatakan mengumpat ialah bila tuan yang diumpat tiada di hadapan mata. Walaubagaimana pun, ia adalah satu diskusi dengan tajuk yang disediakan oleh penganjur. Adakah salah panel pula, alahai

  7. Memang program tu mengumpat yg dianjur sinar. Tapi mengumpat yg di haruskan. Utk orang ramai tahu kejahatan Tun M yg akan merosakkan umat Islam jika kembali jadi PM.

  8. (Garu kepala) Si abuyon kata ianya bukan mengumpat. Tetiba masuk si Khairul mengaku ianya mengumpat. At least la kan korang menyokong pihak yang sama kenalah konsisten sikit dalam perkara yang simple. Anyway.. good luck guys! Hahaha

  9. Abdul Rahman Zainuddin Masa Mahadir belum tiba tu mengumpat. Slpas dia ada di situ bukan mengumpatlah. Kena belajar, ada mengumpat yg diharuskan.

  10. Mohamad Aslam ada huraian dlm kitab imam al-ghazali berkaitan mengumpat yg diharuskan, bersandarkan kpd sirah nabi sendiriBab mencuri & fitnah yang diharuskan so far xpernah dengar lgWallahu alam

  11. Mcm mane pulak dgn org yg memfitnah org lain mengumpat?.. semua org tau yg anjurkan forum berkenaan adalah org pro-mahathir, dari soalan moderator pon sudah jelas.. Mahathir juga sudah dijemput dari awal lagi utk dtg,tetapi beliau memilih utk dtg ditengah2 prog..so,tang mane nye yg mengumpat?

  12. Mohamad Aslam jangan tnjuk sangat bodoh agama..belajar dulu, jangan lantang nk berhujah..google je pasal perkara diharuskan mengumpat..ok bro

  13. dh tajuk wacana pun mcm tu?? ini bukan mngumpat, ini soal masa depan negara.. kalau dia xnak jd PM xde sape hingin cakap pasal dia…

  14. #UP●BAHASA INDAH TUN DR MAHATHIR TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ.“Ini salah orang yang kononnya Tok Guru tapi tak tau ajar Islam, nama je Tok Guru, bila bercakap, bohong, bila tafsir Qur’an, pun bohong, bila buat fatwa, pun bohong. Saya ingat dia dah nyanyuk. Saya ni umur 87, dah tua dah, kalau tengok ni nampak tua, berapa kali jatuh tadi. Ini dah umur 82, nak berdiri pun dah tak boleh, masih nak bertanding lagi, sampai bila-bila, apa jenis manusia ini? Suruh kita tukar, tukar la diri engkau dulu.”(Tun Dr Mahathir Mohamad, Putrajaya, 27 April 2013)

  15. Kena kat batang idung madey..pandai lak kata mengumpat ????..klu fitnah pas tentang dana 90j sedap dan lazat plak dijilat,kulum n ditelan tiap2 ari..

  16. Memerintah negara memerlukan tenaga…nak menghadap meeting,perjumpaan dengan ketua2 negara,mesyuarat kabinet dan banyak lagi tugas2 harian yang perlu disempurnakan..

  17. Bagi akulah, aku setuju Dr Mahathir tidaklah tua, kerana nafsu dan ketamakan tidak pernah akan tua, sehinggalah jasad bersatu dengan tanah.

  18. Masalahnya dia sendiri dah cakap yg seseorang jauh lebih muda daripada dia tak layak utk jd PM. Tiba2 dia layak pulak. Hujah la mcm mana pun, dia sendiri dah mematikan hujah2 tu.

  19. Ni Ahmad Qodeq ker Ahmad dedak..terang lg bersuluh dr.kamarul senaraikan fakta ketidaklayakan Madey sbg pm smula..Hang tidoq masa wacana tu kot..pastu mai backup kat sini..susah sgt lihat point ☝️ MIlleus Petrozza petik tu…

  20. Dr.M memang terkenal seorang yg pakar dlm retorik. Lihat betapa pengagumnya akan percaya apa2 saja kata beliau….kes liwat hingga ada pandangan agar jgn diungkit kisah lama hanya nak tutup kisah2 percanggahan setiap pandangan dan keputusan politik Dr.M.

  21. Ramai yang gagal faham bahawa itu adalah forum diskusi yang dianjurkan oleh Sinar Harian dengan tajuk yang demikian!Di mana masalahnya dengan fakta yang disampaikan oleh Dr. Kamarul?

  22. Inilah syirik tersembunyi. Bila kritik yang diidolakan maka mulalah cari hujah untuk pertahankan. Pertahankan dulu baru cari hujah itulah pro Mahathir. Hujah dibina selepas emosi main. Bukan Emosi hadir setelah ilmu datang.

  23. Betul itu saudara Aliff. Tak betul mempertahankan seseorang yang bercakap atas nilai fakta dari bagus dari menyanjung si tua yang datang ke majlis orang tanpa meminta izin.

  24. Sy rindu zaman tun mahathir..zmn di mana kita xperlu nk tgu hari rabu semata² nk tgk harga minyak turun atau naik…zmn dimana rm50 penuh barang kt troli,..kah³#sarcasm

  25. #UP●BAHASA INDAH TUN DR MAHATHIR TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ.“Ini salah orang yang kononnya Tok Guru tapi tak tau ajar Islam, nama je Tok Guru, bila bercakap, bohong, bila tafsir Qur’an, pun bohong, bila buat fatwa, pun bohong. Saya ingat dia dah nyanyuk. Saya ni umur 87, dah tua dah, kalau tengok ni nampak tua, berapa kali jatuh tadi. Ini dah umur 82, nak berdiri pun dah tak boleh, masih nak bertanding lagi, sampai bila-bila, apa jenis manusia ini? Suruh kita tukar, tukar la diri engkau dulu.”(Tun Dr Mahathir Mohamad, Putrajaya, 27 April 2013)

  26. Tp mase zmn mahathir, msia jd asian tigers, ekonomi kukuh..dia rileks je pnh berhadapan krisis kewangan dunia kak..hutang negara xde lah sampai 900 bilion mcm skrg ni?

  27. Perkara ini menjadi agak kelakar pada mata netizen kerana tuan punya diri ini sendiri yang memulakannya. Rakyat ketawa kerana sikap yang di pamerkan sewaktu dia membaca skrip yang dia tulis. Jika yakin pada hujah dia terhadap Tun, dia sepatutnya bercakap dengan penuh keyakinan terutama dihadapan lawannya. Gunakan waktu yang tepat untuk luahkan segalanya. Jangan jadi orang yang sibuk nak melafaz talak. Di hadapan bertatih-tatih bercakap, tetapi di belakang pandai pula berucap panjang berjela.Di FB ini adalah media untuk meyakinkan orang muda yang tak pernah tahu zaman gelap Tun. Berani buat, berani tanggung lah.Simple kan!

  28. Blh bce respon prof d fb bliau. Kte dah dgr part sinar harian, faham kn jgk part prof.Apa keadaan sblm forum, apa keadaan semasa. Apa soalan prof tnye pd tun dan apa keadaan slpas forum. Br la nampak telus penilaian dan x kelakar dah. Xgtu?

  29. Kebenaran itu milik Tun. Selain Tun semua nya salah, falasi dan tidak relevan. Tun itu diikuti bagaikan Malaikat. Siapa tak setuju dengan Tun semua nya salah. Cakaplah apa pun, teranglah macammana pun. Mereka sangat mengkagumi Tun. Tun terbaik. Tun segala-galanya. Tun harapan semua. Cakaplah apa pun. Semoga ada hati yang terbuka.

  30. Mohon para lelaki tidak sentap dengan penyataan saya ini. Berhujahlah dengan orang yang selayaknya di tempat yang lebih layak, dengan hujah yang baik dan penuh adab dan jika gagal, kami melihat bahawa kamu telah gagal dengan penuh maruah.Mampukah kamu para lelaki yang bising di sini melakukan hujah dengan penuh maruah?

  31. kalau begitu bg je la burung kakak tua yg dah petah bercakap mcm syed Saddiq yg pandai pidato. konfirm depa percaya apa yg kakak tua tu ckp.

  32. See? Apa yang pincang dengan generasi lelaki di sini ialah hanya mahu melihat diri menang berhujah. Berhujahlah pada Tun ya. Di situ punca topik ini. Hujah dengan saya tidak membawa kamu ke mana-mana. Jangan jadi seperti ayam berkokok. Riuh sekampung buat apa pun?

  33. #UP●BAHASA INDAH TUN DR MAHATHIR TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ.“Ini salah orang yang kononnya Tok Guru tapi tak tau ajar Islam, nama je Tok Guru, bila bercakap, bohong, bila tafsir Qur’an, pun bohong, bila buat fatwa, pun bohong. Saya ingat dia dah nyanyuk. Saya ni umur 87, dah tua dah, kalau tengok ni nampak tua, berapa kali jatuh tadi. Ini dah umur 82, nak berdiri pun dah tak boleh, masih nak bertanding lagi, sampai bila-bila, apa jenis manusia ini? Suruh kita tukar, tukar la diri engkau dulu.”(Tun Dr Mahathir Mohamad, Putrajaya, 27 April 2013)

  34. Sebab yg komen kat sini laki dia nak generalize laki. Hahaha ok la dia tengok data yg dia sediakan. Kalau main cakap ja nanti banyak nak kena u turn. Berbelit, pening kepala nak cover.

  35. Orang tidak cerdik memang suka retorik dari fakta. Realitinya, 10 point prof Kamarul Yusoff tu tak ada orang boleh jawab pun. Yang disibukkan adalah terkucil, tak buka mike etc. Benda tak ada faedah.Sebab itu Sajat boleh popular

  36. Kertas yang dia pegang tu bukan skrip la cerdik. Itu nota kecil untuk dia bacakan sepuluh fakta sebab kenapa Mahathir dah tak relevan. Orang akademik biasalah mane boleh bagi auta, mesti bagi fakta yang tepat. Tapi minda bawahan mane tengok benda tu semua. Bagi dia yang penting terkucil, tergagap je. Ha ha

  37. Begitulah taksubnya sekarang org dlm PH.. Sblm ni dikatakn org PAS yg taksub.. Tp skrg ni mereka brmatian utk pertahankn tun madey walaupn pun menghina ISLAM wlupn dgn tidak benarkn isteri menutup aurat.. Klu dgn ketetapan yg ALLAH suruh pun xdiendahkn.. Jgn harapla dia nk daulatkn ISLAM. Nati adala pulak hujah.. Yg tu dia dgn ALLAH…

  38. Perempuan ni mohon orang lain berhujah sendiri dgn TM tapi dia sendiri kritik Prof di sini, tak hujah terus dengan Prof. Mampukah perempuan ni berhujah pada Prof dengan penuh maruah, atau jika gagal, kelihatan seperti telah gagal dengan tiada maruah?*penggunaan ganti nama “perempuan” sebagai sinikal sahaja terhadap komen berbunyi seksis”

  39. puan, dah ade hujah balas utk prof kamarul ke nak melalak2 ckp prof xyakin bila bc teks??sekurang2 nya dia ade hujah n xtarik diri wpun kena game mcmtu dlm wacana tempoh hari.bila dia gagap, xmesti dia bodoh, bila dia xyakin, xmesti semua penulisan nya tertolak.jangan hanya pndai hukum org di media social puan.keberanian beliau utk bercakap di depan public pun pttnya lebih elok berbanding dgn org2 yg hanya pndai ketawa tp satu point utk balas pun xde.

  40. Puan Nafisah Abd Rahim, saya rasa ayat melalak itu lebih layak kepada awak yang empunya diri. Ibubapa saya mengajar ilmu adab dan akhlak dengan sangat baik. Guru saya juga mengajar saya dengan baik. Sila semak apa kekurangan kamu semua ini yang tak habis-habis nak komen di sini sedangkan pengecut berbahas di dewan sebenarnya? Terima kasih. I rest my case. Mountain never bow to the wind.

  41. omg..awk nk ckp psl ibu bapa dan guru awk shj yg ajar awk ttg adab dan akhlak..tp,adakah awk lihat pd bahasa awk td yg sibuk nk ckp org melafaz talak sedangkan awk lansung xde point utk sangkal hujah prof.bahkan putar balik isu gagap, xyakin,dan entah ape2 utk nampak org lain mcm loser.

  42. Main ibu bapa pulak dah. Dia yang melalak pasal Prof kat sini lepas tu tuduh orang lain yang melalak. I believe her parents didn’t teach her to do that. Sebelum menghukum orang cuba nilai diri sendiri dulu yang takut berhujah kepada orang yang dikritik.

  43. Boleh lihat mentaliti sebahagian besar rakyat Malaysia,mereka lebih berminat dgn retorik,sentimen,persepsi,prasangka,emosi daripada hujah yg diberikan..jauh berbeza dgn negara luar

  44. Org politik ni 10 cakap 1 je bleh caya. Tahun ni sembang lain. Tahun depan sembang lain. Org politik ni bermuka2. Baik kerajaan mahupun pembangkang sama je. Takyah nak taksub ngan org politik.Yg penting hari undi kasi pangkah. Dan undi tu rahsia.

  45. Elok cantas semua politician yang tua2. Tak kisah pakai ketayap ke, tak pakai ketayap ke, asal lebih 60 terus cantas. Bagi hak muda terus. Nak tengok, ade ke mana2 parti politik berani nak buat cenggitu? Ke sembang deraih jer??

  46. Orang tidak cerdik memang suka retorik dari fakta. Realitinya, 10 point prof Kamarul Yusoff tu tak ada orang boleh jawab pun. Yang disibukkan adalah terkucil, tak buka mike etc. Benda tak ada faedah.Sebab itu Sajat boleh popular

  47. kena buat poin form untuk diorang baca ni. depa tak baca panjang2, big bos dia je rajin membaca (tun m). anak buah baca orang je, lengguk badan dan lain2.?

  48. Realitinya bukan isu umur. Yang penting skrg ni jika mahu melihat berlaku perubahan kpd tampuk pemerintahan negara, pembangkang perlu memecah dilema doktrinisasi yg telah lama tertanam di dalam pemikiran org Melayu bahawa hanya Umno yg boleh membela Melayu.Dlm konteks kemajmukan Malaysia, kunci kpd perubahan di PRU adalah undi org Melayu.Maka siapa lg tokoh atau key maker yg bisa memecah kepompong doktrinisasi tersebut? Pilihan terbaik yg ada skrg adalah Mahathir.Benda ni kena lihat realiti komposisi kemajmukan masyarakat dan arus politik Malaysia. Kalau nak kira sejarah silam, sy sendiri pon tak setuju dgn Mahathir. Namun apakah tidak ada ruang utk berubah jika manusia itu telah melakukan kesilapan?Sy tegaskan, dlm waktu skrg bukan isu umur calon PM. Tp sejauh mana perubahan boleh dibuat di dlm PRU khususnya dlm memberi anjakan paradigma kpd org Melayu utk lakukan perubahan.Dh dpt kuasa nnti baru la boleh buat mcm2. Misalnya menetapkan had umur PM.

  49. Macam ni lah tuan sape je calon pm yg diletakkan pembangkang pasti akan ade isu berbangkit…tak kisahlah klu azmin jd calon pm ke nanti dikatakan krisis air di selangor tak boleh setel nak jd pm…klu mukhriz pulak dikatakan pulak inilah impian tun m nak jdkan anaknye sbg pm klu kat umno susah…klu wan azizah pulak sbg kambjng hitam…lim kit siang atau lim guan eng lagilah dimaki hamun setiap malam…mat sabu calon pm?diserang PAS pulak malah jd bahab lawak pihak lain…sebenarnye klu anwar ibrahim tak di dlm penjara dialah pilihan utama tak kira pkr,ppbm,amanah atau dap…point utama ph nak jatuhkan najib je tak kisah siapa pm yg diangkat dr pembangkang atau ph…tp pihak umno sedetik pun ade niat nak jatuhkan najib utk pertahankan umno,malah mcm tiada pemimpin lain yg lbh layak…ini cuma salah satu cara politik yg terpakse digunakan bkn isu tua,gila kuasa tp disebaliknye utk menumbangkan najib…

  50. Bukan hujah balas tun yg buat Dr Kamarul terkucil tapi cara tun yg muncul scr mengejut. Aku sebenarnya ‘cringe’ dgn cara tun ‘kenakan’ pihak lawan nya.

  51. Sy lihat suntingan video yg pro pakatan buat dan melabelkan dr. Kamarul gelabah.Sy lihat cara dr. Berhujah sebelum Tun masuk dan selepasnya sama je.Sy telah sarankan spaya Sinar Harian meyiarkan 10 fakta dr.Tak tau depa ada baca ke tak.Klu profesional istiqomah tlg sarankan lg baik utk info umum.

  52. Sapa pemimpin muda yg adil?(ni bukan sindir.ni ikhlas tanya). kita kne buat kajian pasal sis pendidikan zaman pemimpin2 dan org2 dewasa skrg ni.knapa sis pend zmn itu boleh melahirkan pemimpin sebegini?.

  53. fakta yg releven yg mn tuan? yg mana satu ‘fakta’ yg diberi tu relevan? macam merapu mengarut ja byk. jgnlah sbb kita benci seseorang, ‘hujah’ tahap sampah pun kata ‘fakta relevan’. apa bukti atau kajian tahap maksimum umuq adik beradik ada kaitan dgn umur seseorang? relevan la sgt, nmpk sgt tahap pemikiran tuan bila sokong ‘hujah’ sampah mcm mn, mgkn ‘sampah’ jgk la.

  54. Takkan nak bagi hadi awang jadi pm pulak? Habis lingkup negara… Perintah terengganu pun 1 penggal ja… Tu pun sebab undi protes orang Melayu…

  55. Subhanallah..politik dm’sia samcm shj.. mmentingkn diri sendiri dn bukan atas dasar utk mmperjuangkn kepentingan negara.. mungkin ini dsebabkn semuanya brsadarkn “survival”..

  56. [Komentar Berkaitan Wacana Sinar]Ramai sahabat-sahabat meminta komentar saya berkaitan wacana anjuran Sinar Harian bertajuk: Adakah Tun M Terlalu Tua Untuk Menjadi PM?Pada mulanya saya fikir tidak mahu memberikan ulasan kerana saya bukan orang politik, namun ramai meminta pandangan saya, saya kira elok juga saya menulis sedikit berkaitan wacana ini. Berikut ulasan saya:1. Jawapan bagi tajuk wacana ini sebenarnya jelas iaitu sememangnya Tun sudah tua. Tiada bantahan pada fakta ini.2. Ada isu yang lebih utama disebalik penganjuran wacana ini iaitu adakah Tun M mampu menjadi PM di umur begini. Ini persoalan utamanya.3. Panel yang menjadi perbualan netizen pada wacana itu ialah panel pertama iaitu Dr Kamarul Zaman. 4. Berbagai-bagai respons netizen berkaitan hujah Dr Kamarul Zaman ini. Ada yang mengatakan ia hujah yang kuat walaupun beliau tidak fasih. Ramai penyokong PAS saya lihat membela beliau dan menyatakan hujahnya kuat termasuk pimpinan PAS. Ada yang mengatakan hujah beliau ke laut ditambah pula gagap terutama setelah Tun M sampai ke dewan wacana.5. Benar kefasihan bukan segalanya dalam wacana ilmiah. Hujah dan fakta lebih utama. Saya cuba memerhatikan isi kandungan hujah beliau. Setelah mendengar hujah-hujah Dr Kamarul Zaman yang tidak bersetuju Tun M menjadi PM. Dari 10 hujah beliau saya kira 3 hujah utama yang beliau utarakan. Manakala bakinya bagi saya adalah hujah sampingan yang menyokong hujah utama ini. Atau dalam bahasa ilmu hadisnya ia hujah isti’nas.6. Dr Kamarul Zaman menyatakan isu kesihatan Tun M yang tidak baik maka ia menjadi alasan beliau untuk mengatakan Tun tidak layak menjadi PM.Saya kira jika ini yang menjadi hujahnya, Presiden PAS juga tidak layak menjadi calon PM bagi Gagasan kerana faktor yang sama. Faktor kesihatan Presiden PAS serba sedikit menganggu kehadiran beliau ke Parlimen. Sehinggakan beliau diberi rawatan rapi tahun lepas di IJN.Saya menjadi tertanya-tanya adakah pimpinan PAS dan penyokong PAS yang menyokong hujah Dr Kamarul Zaman sedar apa yang mereka sokong? Adakah mereka juga bersedia untuk mengatakan Presiden mereka sendiri juga tidak layak menjadi PM atas alasan yang sama?Atau mereka hanya sokong kerana Dr Kamarul menghentam musuh politik mereka. Apa saja implikasi hujahnya mereka tidak fikir atau peduli?7. Dr Kamarul membawa hujah berkaitan genetik Tun M. Jika kerabat Tun M meninggal dunia pada umur tertentu menjadi alasan. Saya kira hujah ini hanya bersifat spekulatif. Jika mahu diterima juga, jangan dilupa bahawa Tun Razak meninggal pada umur 54 tahun. Adakah YAB Dato Sri Najib juga tidak layak menjadi calon PM akan datang kerana alasan genetik? Saya juga dimaklumkan bahawa 4 orang adik beradik Presiden PAS juga sudah meninggal dunia. Jika berita ini benar, adakah secara genetik Presiden PAS juga tidak layak menjadi PM?Setelah hujah pertama menolak Tun M dan ia juga boleh difahami menolak presiden PAS. Maka hujah ini boleh difahami menolak tiga-tiga calon. Maka siapa calon pilhan Dr Kamarul Zaman?8. Hujah seterusnya yang diutarakan oleh Dr Kamarul Zaman ialah hujah flip flopnya Tun. Dahulu kata Tuan Guru Nik Aziz sudah tua untuk terus berpolitik, Anwar juga telah tua untik jadi PM.Saya kira hujah ini relevan. Dr Kamarul Zaman wajar untuk minta Tun M tarik balik pendiriannya yang lama.Tapi itulah ahli politik. Jarang mahu tarik balik pendirian lama. Jika ada pun alasan mereka, mereka akan kata suasana telah berubah. Sama macam dulu PAS yang sangat keras dengan UMNO namun sekarang mereka perkenalkan politik matang dan sejahtera. Itu biasa bagi ahli politik.Namun bagi saya, jika Tun M tarik balik pendirian beliau itu bagus. Namun jika beliau tidak tarik, ia tidaklah sampai menyebabkan beliau hilang kredibiliti mentadbir negara.Sekian ulasan saya bagi hujah Dr Kamarul Zaman tempoh hari.Dr Rozaimi Ramle..

  57. Dr. Mahathir seorang yang fokus. Dia hanya nak jatuhkan Najib sahaja. Dia tak berminat hendak mencuci taik-taik pembangkang. Bagi dia, pembangkang memang bangang. Dia tak pernah kata bahawa pembangkang itu benar, melainkan dalam kes Najib (1MDB) sahaja. Dan benar. Parti pembangang dalam negara kita memang bangang. Mereka sangat cepat lari fokus. Disebabkan Dr. Mahathir bersama kumpulan mereka, segala taik-taik Dr. Mahathir dicuci bersih, sehingga licin-licau. Segala kerosakan-malapetaka pemerintahan Dr. Mahathir semuanya telah dikambus habis, seolah-olah, Malaysia baru rosak semalam ketika diperintah oleh Najib. Mereka tak boleh fokus ke pada Najib semata-mata tanpa perlu membersihkan taik-taik Dr. Mahathir? Taik-taik kau (fitnah/caci-maki/keji) semua Dr. Mahathir tak pernah nak cuci pun. Taik-taik Dr. Mahathir (skandal/kroni/I.S.A dll) semua kau jilat sampai ke jubornya. Melekat lagi sisanya dekat lidah kau tu.#UndiRosak#PolitaikBenz Ali

  58. iINI LAH KEJAYAAN JIBB SERTA PARA MEMTERI2 YG IQ BUDAK SEKOLAH TADIKA UTK MEMESONGKAN PANDANGAN MASYARAKAT DARI TERUS MEMPERKATAKAN MENGENAI MDB…FELDA…MARA…LEMBU KONDO…KBS…WALAU TUA TAPI FIKIRAN DN PANDANGAN YG BERNAS TIADA SALAH PN NK JADI PM ATAU NK JADI APA SAJA…ADA KE PERLEMBAGAAN ADA MENGATAKAN UMUR WAJIB JAWATAN PM HANYA UMUR 55 TAHUN PASTU PENCEN…KALU NK TAHU LAYAK ATAU TIDAK ROS CEPAT KAN PERNUBUHAN PARTI PPBM TAK PERLU SENDIWARA BNYAK SANGAT…RAKYAT AKAN TERJEMAH KAN TUA ATAU MUDA AKAN MENANG…KALU NK CRITE DN SIASAT 20-40TAHUN LEPAS APA MOTIF …YG NYATA SIAP GAMBAR…ARAH TUJU WANG DANA MDB KE PADA ORG YG KEBAL DI MALAYSIA DN ANAK TIRI PN SAMA SIFAT BOLE JADI KELUARGA 69..TIADA LANGSUNG SIASATAN …PAC CUMA PANGGIL DTG MINUM DGN MAKAN NASI BARIANI PASTU BALIK…KEJAP JE SIASATNYA PALING HEBAT DALAM SEJARAH LAPORAN SIIASATAN TAK BOLE DIDEDAHKAN HAHAHA…MCM MANA NK DEDAH PANGGIL SIASAT KONON2 NYA MASUK BILIK GELAK RAMAI2 PASAL ORG MALAYSIA NI SENANG KENA KENCING

  59. Sudahlah ooi para ilmuan politik Malaysia yg anggap depa pandai semua. Dlm PRU nanti biar kami rakyat marhaen yg pilih sapa nk memerintah, kami pun pandai jugak aih, tau nk pilih sapa. Lagi dok dgq hempa dok pelaga lg mengarut.

  60. Нey there! I know this is kind of off topiс but I was wondering which bⅼog
    platform are you usіng for this site? I’m getting sick and
    tired of WordPress because I’ve had problems with hackers and I’m looking at options for another
    pⅼatfoгm. I ѡould be grеat if you could point me in the direction of a good platform.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *