PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim, ShareTweet+ 1Mail, Khalid-Ibrahim_pkr_600, PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada…

PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim
ShareTweet+ 1Mail
Khalid-Ibrahim_pkr_600
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.
Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.
Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.
Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.
“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.
“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.
Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.
Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.
Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.
Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.
PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim | Free Malaysia Today – http://www.freemalaysiatoday.com/…/pkr-minta-maaf-fitnah-k…/
Kebenaran akan tetap menang….
Yang membezakannya mungkin bila dan bagaimana ia terzahir.?
Masih segar dalam ingatan bagaimana Langkah Kajang dilancarkan pada awal tahun 2014 hanya semata demi menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor dan hendak digantikan dengan calon asalnya Dato’ Seri Anwar kemudian diubah pula kepada isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh kepimpinan tertinggi partinya sendiri, Roadshow dianjurkan di sana-sini pada bulan Ramadhan, Dokumen Khas setebal 91 muka surat disebarkan untuk menjustifikasikan tindakan mereka itu.
Pada saat konflik politik itu berlangsung, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz tampil membela dan menyatakan sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid.
Walaupun DAP dan PKR sering melaung “dasar konsensus dan persepakatan bersama” Pakatan Rakyat, namun hakikatnya PAS tidak pun diajak berbincang untuk projek Langkah Kajang itu.
Bertitik-tolak daripada ketegasan Tuan Guru Presiden PAS dalam episod Langkah Kajang yang begitu tragis itulah yang membuatkan beliau terus diserang sehingga ke hari ini khususnya oleh pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Pelbagai tuduhan dan cacian mereka lemparkan kepada Tuan Guru Presiden PAS seperti mesra UMNO, UG, khianat, tidak beramal dengan Islam dan banyak lagi. Yang lagi menyedihkan apabila terdapat pemimpin PAS ketika itu yang tumpang sekaki bersama DAP menyerang Presiden parti mereka sendiri.
Tuan Guru Presiden PAS tetap tenang dan tidak mudah melatah. Ketegasan beliau dalam mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan yang berlandaskan kebenaran itu wajar dicontohi walaupun beliau diasak dengan begitu hebat oleh parti rakan agar bersifat lebih lembut atau istilah yang popular sekarang Islam ala “progresif, inklusif, moden dan ramah-tamah.”
Dan hari ini, setelah setahun kisah Langkah Kajang itu berlalu, kes saman Tan Sri Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution, bekas Setiausaha Agung PKR berakhir dengan penyelesaian permohonan maaf oleh si pembuat fitnah dan saman ditarik kembali oleh si mangsa.
Maka, di sini kita akan mendapat jawapan yang terang dan nyata mengapa Tuan Guru Presiden PAS tegas mempertahankan Tan Sri Khalid ketika episod Langkah Kajang dahulu..?
Berikut adalah sebahagian daripada teks permohonan maaf yang dibacakan oleh Datuk Saifuddin Nasution di hadapan Hakim:
“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada TSKI.
Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada TSKI dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan dokumen tersebut.”
Catatan oleh:
Syed Ahmad Fadhli,
Pusat Penyelidikan PAS
14 Ogos 2015

Tazkirah Subuh Masjid Pulau Melaka:, Ayat 58 hingga 70 menceritakan perihal pengurusan hubungan antara manusia dan sifat2 manusia yang mukmin dan…

Tazkirah Subuh Masjid Pulau Melaka:
Ayat 58 hingga 70 menceritakan perihal pengurusan hubungan antara manusia dan sifat2 manusia yang mukmin dan munafik di dalam menguruskan hubungan itu:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَن يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا
Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)”.
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُل لَّهُمْ فِي أَنفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا
Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;
وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
ذَٰلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللَّهِ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ عَلِيمًا
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
An-Nisa’ : 58-70

DAP klon Umno, Bismillah, Saya melihat mutakhir ini, DAP aktif memberikan kritikan-kritikan tajam dan salah terhadap PAS dalam banyak kenyataan…

DAP klon Umno
Bismillah
Saya melihat mutakhir ini, DAP aktif memberikan kritikan-kritikan tajam dan salah terhadap PAS dalam banyak kenyataan mereka ketika mengkritik Umno. Sangat terang dan jelas kritikan-kritikan mereka seperti ditujukan kepada Umno, tapi dalam masa yang sama kritikan yang lebih hebat pula ditujukan kepada PAS. Ibarat ada udang di sebalik batu, atau mungkin juga sesuai dikatakan telunjuk lurus, kelingking berkait. Mengapa saya meletakkan tajuk DAP klon Umno sedangkan kelihatannya mereka seperti melawan Umno? Ambil sedikit masa anda bagi memahami maksud disebalik tajuk yang saya bincangkan ini.
Diantara laporan yang dijadikan asas kepada kenyataan LGE dalam The Malaysian Insider (TMI) kali ini ialah memahami secara salah kenyataan DS TG Hadi Awang iaitu perlunya ada empat orang saksi terhadap kes wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, DS Najib Razak, sama seperti kes DS Anwar Ibrahim. Sedangkan maksud kepada kenyataan itu seperti yang telah diterangkan ialah sebagaimana tegasnya PAS mempertahankan Anwar yang dikatakan telah dituduh secara salah oleh pihak pendakwa iaitu tanpa melalui mahkamah syariah yang pastinya akan menggugurkan kes itu kerana kekurangan saksi, maka begitu juga keadilan mesti diberikan kepad DS Najib dengan menggunakan kaedah-kaedah Islam yang sepatutnya dan bukannya hanya mendengar, lihat dan terus menghukum sedangkan siasatan masih berjalan dan pendakwaan masih belum bermula. Inilah keadilan yang diamalkan oleh Islam yang teguh dipertahankan oleh PAS. Sayangnya “Umar Abdul Aziz” olok-olok ini, tidak memahami fiqh Islam secara betul. Sama seperti Umno perangai LGE ini. Ambil berita secara salah, kemudian proses buat fitnah mengikut acuan kepalanya. Tidak tahulah saya jika DAP memerintah Malaysia, maka segala pertuduhan hanya diambil asasnya dari laporan-laporan tertentu dan terus disabitkan kesalahan tanpa proses perbicaraan. Kalau begitu apa beza DAP dengan Umno?
LGE kemudiannya bertanyakan adakah PAS mahu memohon maaf atas kesilapan mempertahankan DS Najib setelah SPRM mengesahkan yang RM2.6 billion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib? Kemudiannya LGE, selepas dia bertanya, dia pula menjadi tukang jawab dalam cubaannya membentuk persepsi negatif orang ramai terhadap PAS dengan berkata, jika DS TG Hadi Awang mahu meneruskan mempertahankan Najib, ianya akan memperlihatkan bahawa PAS sudah kehilangan kredibilitinya dalam melawan jenayah rasuah. Tambah LGE lagi ketika menjawab soalan yang dia sendiri tanya itu, samada PAS secara terbuka menyertai Umno atau tidak, LGE menyatakan bahawa tiada bezanya kerana semua orang melihat yang PAS adalah pro-Umno, pro-Najib dan pro-1MDB, kata LGE dalam dongengannya itu. Sedangkan PAS tetap PAS yang hanya pro Islam dan keadilan.
Begitulah terdesaknya LGE mereka cerita setelah cubaan mengatur pimpinan PAS dari dalam, gagal. Inilah kenyataan yang paling dangkal keluar dari mulut LGE kerana apabila dia menggunakan “semua orang”, jelas dia cuba memperbodohkan diri sendiri kerana selepas muktamar PAS yang cuba dia campuri itu dan ketika memuncaknya isu 1MDB dan isu derma RM2.6 billion ini, PAS telah menerima kira-kira 10 ribu permohonan menyertai parti. Jelas dengan sokongan yang begitu padu ini, DAP tiada cara lain bagi menjatuhkan PAS kecuali dengan menggunakan cara Umno iaitu, reka cerita palsu untuk dijadikan fitnah bagi membina persepsi negatif agar rakyat membenci PAS dalam keadaan LGE tidak sedar yang rakyat Malaysia bukan bodoh seperti yang dia sangkakan. Cara yang sama macam Umno.
Jika dilihat, kaedah yang diguna pakai oleh LGE, jelas dia cuba menyelamatkan Umno, sebagaimana teknik mengalihkan tumpuan yang sentiasa Umno lakukan apabila berlaku isu-isu besar dalam negara yang melibatkan maruah Umno, akan ada cerita-cerita lain yang dikeluarkan bagi mengalih isu. Ketika semua rakyat tertumpu kepada isu DS Najib, LGE tiba-tiba muncul mengalihkan isu supaya rakyat melupai kes DS Najib dan beralih arah kepada DS TG Hadi Awang. Amat besar peranan LGE dalam survival politik DS Najib kali ini dan LGE sangat aktif cuba menyelamatkan Umno. Ini mungkin langkah awal cubaan DAP ingin bersatu dengan Umno seperti seruan oleh ayahnya Lim Kit Siang untuk mengadakan kerajaan perpaduan dengan BN baru-baru ini. Tetapi kisah ayahnya mahu memeluk cium BN itu, langsung dipinggirkan.
Sebagaimana Umno akan reput kerana mengamalkan politik songsang atau politik serba boleh demi kuasa, maka ianya juga akan terjadi kepada DAP yang sekarang sedang berjinak-jinak dengan cara atau teknik Umno. Apabila DS TG Hadi Awang berkata tukar PM tidak menyelesaikan masalah, maka menyalaklah khalayak DAP sambil mereka-reka cerita PAS menyokong Najib. Tetapi salakan garang itu bertukar menjadi salakan manja yang hampir tiada bunyi apabila DS Anwar dan Nurul Izzah mengeluarkan ayat yang sama. Dan salakan itu terus berhenti apabila LKS kata, DAP sedia untuk bergabung dengan Umno. Dengan pergabungan itu, DAP bakal menyelamatkan Umno dan Umno mungkin akan kembali gagah hasil bantuan DAP. Dan PAS, tetap berdiri gagah menentang sesiapa sahaja yang menyeleweng dan akan mempertahankan sesiapa sahaja yang dizalimi walaupun mereka itu musuh PAS kerana inilah dia ajaran Islam. PAS seperti kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, PAS tidak akan bergabung dengan Umno selagi Umno tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka. Tidak perlu DAP mereka cerita. Hakikatnya inilah PAS, kekal dengan ajaran Islam yang syumul walau berseorangan atau bergabung, tidak pernah takut kalah demi Islam. Wallahua’lam.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
22 Syawwal 1436 bersamaan 7 Ogos 2015

Sessi Ke-2 Di Kuantan

Sessi Ke-2 Di Kuantan.
Semalam, lagi sekali di Kuantan.
Ada yang rasa tenang. Ada yang sakit kepala bila dah peluk BVSM ni rasa lega dan slow-slow hilang. Ada yang tak sabar nak dalatkan BVSM ni. Ada yang dah tolak BUSINESS lain. Nak BVSM jer sebab BONUS GEMOK & boleh sihat. Katanya tak nak pandang kelain dahhh!
.
Semua dengan izin Allah.
Allah bagi STGMA 1 produk hebat. Bileh bantu kesihatan dan bileh bantu pendapatan. Yang dah INVOLVE mesti seronok kan ?
.
#PROJEK100K
Pakar BVSM Kemaman, Terengganu

Tawau, Untuk Orang Bisnes!!!, Jom belajar ilmu bisnes , ✅ Bagaimana asingkan Personal dengan Bisnes secara proper

Tawau
Untuk Orang Bisnes!!!
Jom belajar ilmu bisnes
✅ Bagaimana asingkan Personal dengan Bisnes secara proper.
✅ Empat Elemen utama Bisnes dan cara Perlaksanaan secara bersistem
+ Produksi
+ Pemasaran
+ Pengurusan
+ Perakaunan
✅ Bila Relevan Enterprise, PLT dan Sdn Bhd serta nak guna mana satu untuk Bisnes kita.
Jom belajar dengan En Hin, boleh stalk FB beliau https://www.facebook.com/SholihinYasin/
Program Pendidikan Perniagaan
S.E.M.A.N.G.A.T By Mohd Sholihin
Hari : Sabtu
Tarikh : 17 March 2018
Jam : 8.30pagi – 1petang
Lokasi : Rusleeya Resources 1st Floor Fajar Blok Restoran Ikan Goreng TNT/Arena Sport
Yuran Penyertaan hanya RM30 sahaja
Untuk Penyertaan
http://www.wasap.my/60102254696
http://www.wasap.my/60102254696
http://www.wasap.my/60102254696

TGHH buat penjelasan panjang lebar ttg konflik PR

TGHH buat penjelasan panjang lebar ttg konflik PR.
Sama2 kita baca dan fahami.
Jambatan, Mengapa PAS Tak Boleh Berunding Pasal Syariat?
[Catatan penuh, jawapan dan ulasan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi dailog Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri 1436H bersama anak-anak Terengganu di Perantauan yang diadakan pada 2 Syawal di Markaz Tarbiah Kuala Ibai]
Sebelum saya jawab soalan-soalan yang ditujukan berkaitan dengan isu yang terkini yang dihadapi oleh PAS Pusat, saya ingin menambah kepada jawapan Pesuruhjaya tentang isu Terengganu.
Orang Terengganu Ada Kedudukan Dalam Sejarah Politik
Kita orang Terengganu perlu menyedari bahawa Terengganu mempunyai satu kedudukan yang besar dalam sejarah Politik tanah air di Malaysia. Terengganu negeri yang paling akhir dijajah. Tahun 1928. Terengganu yang palig akhir, pelaksanaan syariat Islam khususnya bagi semenanjung tanah melayu, bahkan di rantau Asia Tenggara. Maka Terengganu sangat menjadi sasaran kepada gerakan anti Islam sejak dulu sehingga hari ini lebih daripada negeri-negeri lain.
Namun berlaku kejutan yang banyak di Terengganu ini dari segi politik. Perkara yang tidak diduga oleh pemerhati politik. Ketika diadakan pilihnraya tahun 1959, kali yang pertama selepas kemerdekaan, banyak pimpinan PAS di masa itu, mengharapkan kemenangan lebih mudah di Johor, kerana johor merupakan negeri yang ramai orang melayu menjadi melayu Islam. Negeri yang paling dekat dengan Singapura. Merupakan pusat gerakan kebangkitan rakyat di semenanjung tanah melayu. Bahkan penubuhan PAS tahun 1951 adalah bertolak daripada muzakarah ulama’ yang diadakan di Muar, Johor sebelum daripada itu.
Tahun 1959 pilihanraya diadakan, tidak sekaligus, berasingan daripada parlimen dan DUN berasingan dengan satu negeri dan satu negeri. Bermula dengan Perlis. Seluruhnya kalah, bila sampai giliran Terengganu, tiba-tiba menang. Sebelum Kelantan. Terengganu menang dulu, baru Kelantan. Orang Terengganu menjadi sasaran. Mereka menganggap bahawa kubu PAS ialah di mana adanya pondok. Semua pusat pondok di Terengganu dihapuskan. Tinggal segelintir sahaja. Kelantan kedah masih ada. Kerana pusat pendididkan merupakan benteng terakhir kepada gerakan Islam. Tidak boleh dinafikan. Orang Terengganu dibelasah habis-habisan bukan sahaja dari segi politik, dari segi pendidikan, dari segi pembangunan, paling ditinggalkan. Paling dibelakangkan. Di seluruh negeri pantai timur dan wilayah timur.
BN Khianat, Langgar Perjanjian, Langgar Perlembagaan
Tiba-tiba kita menang lagi tahun 1999. Diambil langkah, menghapuskan royalti petroleum. Dirampas bodoh-bodoh begitu saja. Melanggar perjanjian, melanggar perlembagaan. Dia tak buat pada Kelantan, dia tak buat pada Sabah. Terengganu dia buat begitu. Kerana mereka menjangka disini ada kekuatan, sumber, tenaga yang banyak, yang boleh membantu negeri-negeri lain. Itu yang sebenarnya. Banyak kita (orang) Terengganu tak sedar, kita ada kekuatan kita sendiri. Disana ada langkah politik yang diambil dari Barisan Nasional. Iaitu melalui Pilihan raya. Daripada 222 dua kerusi parlimen, kita perlu mendapat majoriti dua per tiga. Mereka sengaja meletakkan kawasan yang luas dan banyak pengudi, di Kedah, Kelantan dan Teregganu, satu parlimen 100,000, 80,000 (pengundi). Di Johor satu parlimen 20,000. Putrajaya 16,000 satu parlimen. Ini satu persepadanan yang sangat tidak adil.
Sejak dulu, namun kita boleh mencapai kemenangan juga. Sebanyak dua kali. Dan kita, menjadikan Barisan Nasional mendapat majoriti yang tipis, lebih daripada satu perdua kawasan DUN di Teregganu ini. Mereka meletakkan lapan parlimen hanya dua yang tak ada (rancangan tanah) Felda, Kuala Terengganu dan Marang. Semua kawasan yang lain parlimen ada Felda. Diletakkan peneroka peneroka sebagai pengundi deposit kepada mereka untuk menang pilihanraya. Ini kesilapan UMNO dalam mengekalkan kuasa. Hari ini sudah ada kalangan UMNO yang berpandangan cara yang dibuat (oleh Umno) itu selama ini merosakkan negara sendiri. Namun kita sebagai orang Terengganu kena sedar, kewajipan berpolitik dari segi Islam. Politik ini bukan satu kerja main-main. Kerja sambi lewa. Kerja boleh buat acuh tak acuh. Nabi kit
a Muhammad S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah (adalah) kerana apa? (kerana) politik. Untuk mendirikan Negara, kita hari raya kita boleh balik, tapi kalau nak mengundi, payah nak balik. Kita menganggap hari raya lebih penting dairipada mengundi. Padahal mengundi untuk, memberi kuasa poltik kepada Islam.
Kefahaman ini perlu ditanam di dalam rakyat bukan sahaja Perantau termasuk dalam negeri sendiri. Ada di kalangan kita yang semangat dengar ceramah. Tetapi tak daftar untuk mengundi. Ada di kalangan kita yang sanggup sumbang duit tambang kerana nak pergi dengar ceramah. Tetapi tak pergi mengundi kalau tak ada orang ambil dengan kereta depan rumah. Ini kelemahan-kelemahan yang berlaku, yang kita kena perbetulkan, kena beritahu, fahamkan bahawa, politik adalah fardhu ain. Untuk menegakkan Islam, menjadi kuasa pemerintahan.
Harapan Umat Islam Dalam al-Quran
Kemudian soalan yang berkait dengan soalan tumbuhnya kumpulan yang dikatakan ‘harapan baru’. Harapan kita telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran, tak perlu cipta lah. Dalam al-quran dah ada. Tuhan dah tentukan harapan. Allah berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud),
“jika sekiranya kamu berasa sakit, untuk menegakkan Islam ini, maka mereka yang melawan kamu jua akan merasa sakit,”
, Tuhan kata (dalam al-Quran yang bermaksud)
“Dan kamu berharap kepada Allah, apa yang mereka tidak harapkan,”
Harapan kita adalah kemenangan dunia dan akhirat. Kemenangan dunia untuk menegakkan Islam dan diterima oleh Allah untuk hari akhirat. Ini lah harapan kita. Tak ubah. Dan nabi kita Muhammad SAW mengajar dalam kita berpoitik ini, ada dua bahagian. Yang pertama dinamakan ‘Sawaabit’. Perkara yang tetap, yang tidak berubah. Yang kedua dinamakan ‘Mutaghaiyirat’, Perkara yang berubah.
Perkara yang tetap ialah perkara yang menjadi akidah kepada perjuangan, akidah dasar dan matlamatnya tidak berubah. Mutaghaiyirat ialah taktik, strategi dan pendekatan. Ini berubah. Jangan lah kita celaru, dan kita tak boleh celaru. Yang dia buat maam-macam ini kerana celaru. Boleh (ke) ubah Islam ini (jawabnya) Tak boleh. Perkara akidah, dasar dan matlamat tak boleh ubah. Diajar oleh nabi kita Muhammad SAW apbila berada di Mekah. Belum ada negara,( peringkat lemah ). Dan diajar setelah adanya Negara. Dalam suasana bersama dengan orang Islam, dan bersama dengan orang yang bukan Islam. Yang menyokong perjuangan Islam. Disana ada orang Islam yang bersama dengan akidah. Disana ada orang yang bukan Islam yang menyokong perjuangan Islam. Ini ditangani oleh nabi kita Muhammad SAW, ketika berada di Mekah.
Nabi telah mengambil pendekatan yang diamalkan oleh orang-orng jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Membela keluarga, membela orang yang dizalimi, memberi perlindungan kepada orang yang minta perlindungan. Samada di atas semangat keluarga ataupun di atas semangat menundukkan kekuatan. Nabi ambil walaupun perkara ini jahiliyah. Ini pendekatan. Di mana nabi memaggil keluarganya bani mutalib, dan bani hasyim, di atas semangat keluarga, di atas semangat untuk menolong orang yang teraniaya dan ditindas, yang tidak bersalah, untuk memberi perlindungan dan abu talib memanggi keluarganya, abu talib tak Islam. Memanggil keluarganya, bani mutalib dan bani hasyim, untuk melindungi nabi Muhammad SAW. Mereka mereka semua sanggup, sangup kecuali Abu lahab yang tak setia. Mereka melindungi dan nabi mengambil pendekatan ini daripada orang Islam dan orang bukan Islam.
Tahaluf Siyasi
Di Madinah, nabi mengajak orag-orang yahudi musyrikin, Kristian untuk bertahaluf, bersefahaman dengan Negara Islam di Madinah. Apabila pemimpin musyrikin mendesak nabi meninggalkan akidah, meninggalkan dasar, membatalkan matlamat, apabila pemimpin mekah menghantar wakil bertemu abu talib, berjumpa dengan abu talib, minta pujuk Muhammad berhenti berjuang menegakkan Islam. Jangan Cakap pasal Islam. Jangan ganggu mereka. Bawa diri masing-masing. Jangan cakap pasal Islam. Maka dengan tegas nabi jawap,
“demi Allah! Sekiranya mereka meletakkan kananku, dan bulan di kiriku, supaya aku meninggal urusan ini, atau pun aku mati kerananya, aku
tidak berganjak, “kata nabi. Ini dia. Di Madinah begitu juga. Bila orang yahudi minta nabi membatalkan pelaksanaan syariat Allah, dan Allah taala menurunkan ayat “hukum apa yang tuhan turunkan kepadamu, jangan ikut hawa nafsu mereka dan berwaspada dengan godaan mereka, “. Maka Nabi tidak berganjak.
Dalam hal ini, PAS sangat berpengalaman, bertahaluf dengan semua kalangan. Sebelum merdeka, pimpinan PAS, belum ada PAS lagi, sudah bertahaluf dengan komunis, group kiri, sosialis, dengan nasionalis, bertahauf dengan mereka ini. Untuk menentang British. Bila sampai masa, mereka mendesak PAS untuk meninggalkan akidah, dasar, maka dibatalkan persefahaman itu. Selepas merdeka, PAS pernah bertahaluf dengan Parti Negara, di Terengganu, memulakan kerjasama dengan Parti Negara, Dato’ Onn diberi kawasa Kuala Terengganu untuk bertanding, Dato’ Onn yang kalah di Johor, DUN pun kalah, maka Terengganu yang dimenangi PAS tiga belas kerusi, Perikatan UMNO MCA tujuh kerusi, Parti Negara Empat kerusi, untuk menambah kekuatan PAS di Terengganu, maka diadakan kerjasama dengan Parti Negara. Yang menang empat kerusi. Diberi Parlimen Kuala Terengganu kepada Dato’ Onn, PAS pernah mengadakan kerjasama dengan tidak berganjak daripada dasar, akidah dan matlamat. Tapi Parti Negara dia mati.
Tahun 1970, selepas belakunya (peristiwa) 13 Mei, UMNO ajak PAS kerjasama untuk mewujudkan perpaduan Negara. Maka PAS bersedia dengan lapan syarat. Syarat yang pertama mengizinkan PAS menyatakan Islam di dalam kerajaan. Tidak ada gangguan. Yang kedua mengizinkan PAS menerapkan dasar-dasar Islam dalam kerajaan. Yang ketiga, PAS tidak terikat dengan disiplin Parti Perikatan untuk mengkritik kerajaan. Lapan semua, saya tak ingat lima (perkara) lagi. Dan kita menyertai kerajaan. Dari tahun tujuh puluh, kerajaan campuran, tujuh puluh empat menubuhkan barisan nasional, tujuh puluh lapan, apa yang berlaku pertembungan di dalam kerajaan kerana kita telah berjaya mencetuskan kebangkitan Islam di Pusat-Pusat pengajian Tinggi, di Kementerian-Kementerian, dan jabatan-jabatan kerajaan. Maka muncul kefahaman untuk melaksanakan syariat maka berlaku pertembungan diantara group Islam dengan group yang tidak mahu kepada Islam di masa itu yang berakhir dengan krisis Kelantan menjadi peluang untuk mengasingkan PAS dari Barisan Nasional.
Yang terakhir untuk meringkaskan masa, kerjasama kita dengan DAP, dengan PKR. DAP dasar dia sosialis, sekularisme. PKR dasar dia sekularisme. Kita dasar kita Islam. Tahun dua ribu satu, DAP mendesak PAS supaya mendiamkan agenda menegakkan Negara Islam. Kita kata tak boleh. Dia tak ada hak untuk kita diamkan agenda Islam ini. Kita tak suruh dia diamkan sosialis. Tak suruh dia diamkan agenda perjuangan dia. Dia paksa kita suruh diam. Tak boleh. (Dan) akhirnya dia keluar daripada barisan Alternatif. Kali ini, dia minta kita tangguhkan pelaksanaan syariat Islam di Kelantan. Cerita pelaksanaan syariat di Kelantan ini, bukan cerita baru. Sejak tahun 1959. Kemudian baru diketengahkan pada tahun 1990. Untuk menggubal syariat Kelantan tahun Sembilan puluh. Melibatkan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan ulama’.
Menggubal Enakmen Syariah
PAS menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal syariat, PAS lantik saya menjadi pengerusi masa itu, Dato’ Wan Mutalib,Tun Salleh Abbas, bukan calang-calang orang, bekas ketua hakim Negara, almarhum (Dato) Ustaz Harun Taib, Dato’ Abdul Halim Muhammad, bekas penasihat undang-undang negeri Kelantan, bekas EXCO. Dato’ Paduka Abdul Halim Abdul Rahman, kerajaan Kelantan menubuhkan jawatankuasa, pengerusinya Dato’ Halim, anggotanya Proffesor Ahmad Ibrahim, UIA, Dato’ Halim, Dato’ Daud, Ketua hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Kelantan terpaksa berhenti kerana UIA minta Professor Ahmad Ibrahim dan Dr. Ahmad Saidol tarik diri. Namun kita berjaya menggubal undang-undang syariat, tempatnya rumah Dato’ Wan Mutalib Embong. Di rumah dia. Kita mesyuarat beberapa kali. Ada peranan. Kita mempunyai peranan yang besar. Dalam menggubal undang-undang syariat. Sebelum kita bawa ke dewan negeri Kelantan, kita lalui proses demokrasi. Iaitu lah demokrasi diben
tangkan kepada rakyat. Diajak NGO-NGO yang bukan Islam, termasuk DAP, termasuk MCA, termasuk UMNO, termasuk NGO Kristian, Hindu, Budhha dan lain-lain. Kita buat dialog. Habis dialog, barulah kita bawa ke Dewan (Undangan) Negeri Kelantan.
Setelah dibawa ke Dewan (Undangan) Negeri Kelantan, (kerajaan) Kelantan mendapat surat amaran daripada Perdana Menteri pada masa itu. Beri amaran kepada Tok Guru Menteri Besar Kelantan. Jangan laksanakan syariat. Namun kita terus hidupkan dengan ada seminar di Kelantan tiap-tiap tahun, ada bulan hudud. Tiap-tiap tahun, bukan musim pilihanraya. Kemudian kita bawa ke Parlimen tahun 1990-an. Saya sebagai ahli parimen membawa usul persendirian di Parlimen, tetapi mengikut usulnya mesti melalui proses peraturan Parlimen. Terpaksa ditunda, kerana agenda kerajaan lebih diutamakan. Sebarang usul persendirian mestilah terlebih dahulu seorang menteri membawa untuk mengizinkan kita boleh ke (atau) tidak membawa usul. Sehinggalah yang terkini, berlaku perundingan dengan (antara) kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat untuk melaksanakan syariat.
Membawa Usul Akta 355 Ke Parlimen
Perundingan antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat. Adakah tak boleh, kerajaan hendak berunding dengan pusat untuk bincang pasal melaksanakan syariat, DAP boleh berunding pasal jambatan. Kita tak boleh pasal syariat. Mana (boleh)?. Ada yang tak faham dalam masalah ini. Kita tak boleh nak bincang pasal syariat. Dia nak bincang pasal jambatan kedua boleh. Mana kita orang PAS? Setelah kita bincang akhirnya, ada dua perkara. Yang pertama (perkara) 76 A. yang kedua (Akta) 355. (Perkara) 76A, membolehkan semua undang-undang jenayah syariat dilaksanakan. Memerlukan majoriti dua per tiga. (Akta) 355, pindaan kepada jadual Sembilan. Iaitu lah (hukuman) tiga, lima dan enam iaitulah tiga tahun penjara, lima ribu ringgit dan enam kali sebatan. Itu mengikut jadual Sembilan. (Akta) 355 enakmen dipinda kepada hukuman yang sesuai mengikut hukuman syariat. Kerana (Akta) 355 ini meletakkan mahkamah syariat lebih rendah dari mahkamah majistret. Dengan pindaan ini, merangkap mahkamah syariat dengan tidak menyebut berapa hukuman daripada (Akta) 355 kepada hukuman yang mengikut syarat Islam. Itu pindaan di mana pindaan ini, boleh diaksanakan dengan ‘simple majoriti’. Dengan lebih satu undi, mereka yang hadir di parlimen. Kita mahu bawa dua, iaitu (perkara) 76A dan (Akta) 355.
Ada kalangan, termasuk dalam kalangan (ahli) PAS sendiri yang menyatakan bahawa kalau bawa (Akta) 355, DAP boleh sokong, (perkara) 76A DAP tak sokong. Kerana majoriti dua pertiga. DAP tak sokong. Berlaku ketegangan, akhirnya kita buat dialog dengan DAP, buat dialog dengan DAP, buat dialog dengan PKR, buat dialog, kita tak berganjak dengan matlamat kita. Akhirnya setuju bahawa usaha untuk melaksanakan syariat adalah usaha hak negeri Kelantan. Kerana hujah kita proses melaksanakan syariat dibawa tahun 90-an. Belum ada Pakatan Rakyat lagi. Pakatan Rakyat tahun2004. Dia tak ada hak ke atas Kelantan. Dan kita tak bawa ke Kedah, tak bawa ke Selangor, kerana keadaannya berbeza.
Akhirnya, mereka kata (perkara) 76A itu payah nak sokong tapi kalau (Akta) 355, boleh. Akhirnya, kita mengambil yang mudah dahulu. Ulama mengatakan “kita boleh menolak kemudaratan mengikut kemampuan yang ada pada kita “. Kaedah fiqh mengatakan “barang yang kita tak boleh buat semua, jangan tinggal semua “. Maka cukup dengan (pindaan Akta) 355 dulu, hukuman sebat mengikut adat cara Islam. Jumlahnya mengikut cara Islam. Adatnya mengikut Islam, bukannya hukuman penjara seperti hari ini. Hukuman pengampunan, dalaqi, jenayah, qisas, ini boleh dilaksanakan. Ganti rugi, boleh dilaksanakan. Termasuklah (dalam Akta) 355. Mereka menganggap ini sudah melanggar kerjasama antara Pakatan Rakyat. Mereka minta kita jangan sebut pasal syariat.
Isu Kalimah Allah
Yang kedua yang berkait dengan (isu) kalimah Allah. Memang kalimah Allah pada asalnya boleh digunakan oleh semua kaum. Kita tak boleh larang (penggunaan) kalimah Allah ini, sebab tuhan pun sebut dalam al-Quran, “jika engkau tahu mereka siapa yang jadikan l
Isu Kalimah Allah
Yang kedua yang berkait dengan (isu) kalimah Allah. Memang kalimah Allah pada asalnya boleh digunakan oleh semua kaum. Kita tak boleh larang (penggunaan) kalimah Allah ini, sebab tuhan pun sebut dalam al-Quran, “jika engkau tahu mereka siapa yang jadikan langit dan bumi, semua kata Allah “. Orang Islam kata Allah, orang Kristian kata Allah, orang Hindu kata Allah, orang budhha pun kata Allah. Orang musyrikn mekah pun kata Allah. Itu hak dia. Bahkan kita orang Islam dibolehkan memakan sembelihan orang kafir dan yahudi, kerana dia sebut nama Allah. Kerana ada gerakan Kristian, untuk mengelirukan orang Islam dengan menggunakan kalimah Allah di dalam ‘Bible’, bagi masyarakat melayu yang jahil, yang buta agama, maka menjadi hak kepada mufti untuk memberi fatwa.
Menjadi hak kepada agama untuk bertindak kerana syarat mengatakan “perara-perkara itu mengikut qasar mereka yang melaksanakan perkara tu. Qasar dia untuk mengelirukan maka majlis ugama boleh bertindak. Dalam hal ini, DAP campur tangan. Campur tangan walaupun ada pandagan Mufti Pulau Pinang, dia campur hal mufti pulau Pinang. Mufti di Pulau Pinang di bawah Agong, bukannya di bawah Ketua Menteri. Kerana mengikut kepada enakmen pentadbiran agama Islam, hal ehwal negeri Islam, negeri yang raja, raja (bertanggungjawab). Negeri yang tiada raja, Agong, bukan ketua menteri. Yang ketiga. Apabila DAP mencadangkan untuk mengadakan pilihanraya majlis perbandaran, kita tak setuju.
Pilihanraya Kerajaan Tempatan
Mengapa tak setuju ? kita kata ini menempah pergaduhan kaum. Kerana kalau buat pilihanraya tempatan mengikut proses pilihanraya yang ada pada hari ini, 99% Bandar di Malaysia ini, ditadbir oleh kaum cina sahaja. Kaum cina sahaja tadbir. Sedangkan hujah saya mengatakan bahawa mengikut ilmu sosiologi, sesuatu bandar itu tak boleh hidup dengan penduduk dia sahaja. Ada petani, ada nelayan ada pemandu teksi, ada pegawai kerajaan, pelbagai NGO, dengan sebab itu, Bandar pengurusannya perlu diwakili oleh semua kalangan bukan satu kaum sahaja. Kita terima pilhanraya, tetapi mesti melalui proses yang mewakilkan semua kalagan, untuk menghalang ketegangan kaum. Dibawa juga di dewan undangan Pulau Pinang. Dibawa juga dewan undangan Selangor, kita nak bawa pasa undang-undang syariat Islam, di Kelantan dia bising. Hal-hal yang macam ni merupakan perkara yang kita tak boleh tolak ansur. Ada dikalangan kita, yang baru masuk PAS tahun 2000, baru masuk PAS tahun 90-an, merasakan kita perlu menyelamatkan pakatan rakyat, lebih dari menyelamatkan akidah perjuangan.
Ini kita tidak boleh tolak ansur. Apalagi apabila pemilihan PAS, dilakukan kempen oleh DAP. DAP kempen pemilihan PAS. Berperanan dalam pemilihan PAS. Sebab itu saya sudah melihat proses campurtangan DAP dalam pemilian PAS ini sejak, lama. Saya biarkan. Sehingga tiga hari lagi muktamar saya mengeluarkan kenyataan kepada media terpulang kepada PAS, samada ingin memilih calon yang mereka pilih sendiri, atau calon yang disokong oleh DAP. Akhirnya mereka tergamam, tak boleh nak jawab dalam masa dua tiga hari. Dan berlaku lah proses muktamar PAS.
Kemudian akhirnya, dalam perkara Islam ini kita kena faham, perkara mutaghaiyirat, perkara yang boleh berubah, taktik dan strategi, peraturan-peraturan yang dibuat mesyuarat. Memang mesyuarat boleh berubah buat keputusan. Mengikut kaedahnya, termasuk perkara yang berubah, kalau jadi keputusan mesyuarat, kita wajib patuh keputusan mesyuarat. Keputusan muktamar, wajib patuh pada keputusan muktamar. Ini adab kita berparti. Nabi kita Muhammad SAW dalam sirahnya, dalam peristiwa uhud, belum dapat maklumat musuh nak serang Madinah lalu mengadakan mesyuarat dengan sahabat-sahabatnya. Pandangan yang pertama mengatakan bahawa lebih baik bertahan di Madinah. Lebih strategik.
Kalau bertahan di Madinah, kita boleh menentang musuh di lorong-lorong. Kaum muslimat boleh menentang musuh di rumah masing-masing melalui jendela. Pandangan disokong oleh Abdullah bin Ubai, pemimpin Munafiq. Dia sokong pandangan ini, kerana dia senang nak lari. Dan nabi sendiri cenderung kepada pandangan ini. Pand
angan bertahan di madinah. Pandangan kedua ialah pandangan kalangan pemuda. Khususnya mereka yang tidak terlibat dengan peristiwa Badar yang mendapat kelebihan menyatakn bahawa adalah lebih strategik, kita menentang musuh di luar Madinah, di Uhud. Kerana kalau kita lawan di Madinah, kita tewas di Madinah, maka Madinah ditakluk oleh musuh. Kalau kita lawan di luar Madinah, kita tewas, Madinah masih bebas. Dan kita boleh mengambil langkah untuk menghalang lagi musuh selepas itu. Akirnya lebih ramai berpandangan untuk lawan luar Madinah. Dan nabi menerima pandangan ini. Abdullah bin Ubai, yang tidak berpuas hati dengan pandangan ini menarik diri tiga ratus dari seribu, lari daripadanya.
Saya dengar cerita, nak ubah nama, daripada G18, kepada harapan baru. Sebab geng lapan belas ni ada satu kumpulan gangster di Pulau Pinang, nama geng lapan belas. Tak jadi….. ubah nama baru. Tak apa lah.
(Kemudian dalam perang Uhud) Tiga ratus berundur. Dan mereka jumpa nabi, nak tarik balik cadangan pergi ke Uhud, Tidak! Bila seorang Rasul sudah mendapat keputusan dalam mesyuarat, akan teguh dengan keputusan itu. Dan apabila mereka pergi ke Uhud, tak ikut arahan. Berlaku lah ketewasan dalam uhud. Memangsakan syuhada’ tujuh puluh orang. Ramai yang luka, termasuk nabi yang luka. Namun demikian Allah menurunkan ayat (yang bermaksud) “Maka dengan apa rahmat yang Allah kurniakan kepada kamu wahai Muhammad, kamu tidak bersifat kasar, maka Allah taala menjadikan keadaannya baik, tapi sekiranya engkau kasar wahai Muhammad, ramai lah orang lari dari mu, istighfar untuk mereka, maafkan mereka, dan terus bermesyuarat, justeru apabila lah menjadi keazaman, betawakkal kepada Allah”.
Istighfarkan Untuk Mereka
Apakah tindakannya? tindakannya (adalah) al-Quran kata, istighfarkan untuk mereka, harap Tuhan maafkan mereka, supaya mereka sedar dan insaf, tetapi sekiranya, mereka masuk parti lain, perlembagaan PAS mengatakan, automatik, bila tubuh parti lain, keluar dari PAS. Begitu juga, sekiranya dilihat oleh kepimpinan, melakukan tindakan yang sangat negatif terhadap parti, maka Jawatan kuasa disiplin boleh mengambil tindakan terhadap mereka ini. Dalam sejarah PAS ini bukan kali yang pertama. Tahun 1951, Presiden PAS keluar PAS masuk Parti Negara. PAS tak mati Haji Shmad Fuad masuk parti negara. PAS disertai oleh kalangan yang lebih kuat. Professor Ahmad Ibrahim yang UIA tu, AJK PAS Pusat tahun 1954, setelah pimpinan PAS yang utama keluar daripada PAS, masuk orang baru. Ini sejarahnya. Tahun 1950-an, 60-an,Setiausaha Agung keluar PAS. Tahun 1978, apabila berlakunya krisis Kelantan, di mana, ahli-ahli mesyuarat tak setuju dengan presiden PAS pada masa itu. Majoriti sokong presiden PAS pada masa itu. Jangan pecat Datuk Mohd Nasir. Akhirnya pecat Datuk Mohd Nasir. Dan berlaku darurat di Kelantan, jatuh kerajaan Kelantan. Apa yang menarik (adalah), sebahagian besar mereka yng sokong Datuk Mohd Nasir tak keluar PAS. Terus bersama dengan PAS. Sebahagian lagi, lebih dari sepuluh orang, keluar dari PAS.
Walaupun lebih dari sepuluh orang keluar daripada PAS, kita tak jatuh. Tahun 1982, ekoran krisis ini, daripada empat ahli parlimen masa itu, tiga ahli parlimen keluar parti, tinggal Tok Guru Nik Aziz seorang. Tinggal seorang ahli parlimen. Ahli-ahli kita bertambah. Apa yang berlaku pada hari ini, selepas krisis ini, kita menerima ahli baru, tiap-tiap bulan, tak kurang dari lima ribu. Ini perkembangan yang sangat menarik. Walaupun lapan belas orang keluar isytihar keluar parti, yang masuk ahli baru, 5,000 (orang), lebih dari 5,000 (orang) pun ada kadang-kadang. Itulah jawapan kepada soalan-soalan itu.

New Baby Mylea Coming Soon

New Baby Mylea Coming Soon.. dah 4 kali improve tester dan dah lebih 3 bulan kak amy duk test..

Sape blh teka produk ape.. ?New Baby Mylea Coming Soon.. dah 4 kali improve tester dan dah lebih 3 bulan kak amy duk test..

Sape blh teka produk ape.. ?

Ade makcik bawang bising membawang cakap Mylea ni produk timbang kilo

Ade makcik bawang bising membawang cakap Mylea ni produk timbang kilo… adeh! Tak tau tanya, jgn main fitnah… dosa besar tau tak.. dahla kat fanpages, takut lagi ramai baca lagi besar dosa awk.. ?
Kak amy takde mase nak timbang kilo2 tu, pekerja bangla pun susah da nak dpt skrg ni.. so takde org yg nk tolong timbang2 ni.. ?
Kalaulah betul Mylea produk timbang kilo & ade chemical berbahaya, agak2 dapat ke Asia Pacific Super Health Brand Award ni.. ??
Takkan la kak amy nak suap rasuah pihak kementerian kot utk dpt award ni… tak mampu den! Masuk penjara nanti.. ???
#MyleaProdukBerkualitiTinggi
#KamiUtamakanKualitiBukanKuantiti
#SelidikDuluB4BuatSpekulasi

2 hari OUT STATION

2 hari OUT STATION. Banyak ilmu dapat. Alhamdulillah.
.
Dapat mesej dari Papa, balik masjid suh jumpa dia kat Kedai Makan. Wah rezekiii niii. Umi dan anak-anak terutamanya seronok bangatttt?. Dalam duk siap-siap. Kemboja menjerit. Yeay yeay, nenek datang. Aikkk tetiba jer tak de bg hon-hon pun?. Terus mesej Papa. Oder lebih mak ayah datang.
.
Sebenarnya moment ni indah gitewwww. Penat balik kerja. Cam diraikan dengan kasih sayang insan-insan tersayang Terima Kasih ALLAH.

“Komunikasi adalah segala galanya di dalam cinta”, Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi

“Komunikasi adalah segala galanya di dalam cinta”
Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi…
Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah…
Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta…
Tanpa komunikasi cinta bertepuk sebelah tangan…
Tanpa komunikasi rindu tidak akan dapat diubati…
Tanpa komunikasi cinta tidak akan dapat termetrai…
Tanpa komunikasi mana mungkin hadirnya cinta…
Tanpa komunikasi tidak akan ada perkongsian suka duka…
Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa…
Cinta suci cinta ilahi…
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud ; “Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa , perkara yang memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat cepat diperkenankan”
Doa itu permintaan bukan tuntutan…
Assalamualaikum….
Selamat pagi
#FounderTSS