Pakatan Pembangkang Sentiasa Tidak Konsisten Dan Lari Kawasan, Pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan memang…

Pakatan Pembangkang Sentiasa Tidak Konsisten Dan Lari Kawasan
Pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan memang berperangai teruk. Mereka sentiasa tidak konsisten dalam membuat keputusan, sentiasa bergaduh sesama sendiri dan sentiasa lari dari sesuatu kawasan DUN atau parlimen dalam setiap kali pilihan raya.
Lari dari kawasan dan berubah rubah pendirian politik dan dasar adalah tabiat buruk yang sudah sebati dengan pembangkang. Pembangkang menjadi lebih teruk bila hadirnya Mahathir bersama mereka, yang penuh dengan agenda peribadi dan misi kroni. Mahathir pula sering buat pusingan “u-turn” terhadap semua perkara.
Cara pembangkang jauh berbeza dengan cara Barisan Nasional (BN) yang sentiasa ada prinsip yang kuat dalam mentadbir negara. Barisan Nasional mengutamakan “delivery” setiap manifesto dalam PRU lepas kepada rakyat. Barisan Nasional sentiasa menghormati konsep musyawarah dan solidatiri dalam setiap dasar dan keputusan.
Pembangkang hanya guna pakai cara diktator dan melupakan terus apa janji janji mereka yang dahulu kepada rakyat, terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor. Banyak janji janji dalam PRU lepas tidak pun dilaksanakan bila mereka mentadbir dua negeri tersebut.
Pembangkang “consistenly inconsistent dan hanya berpakat kerana sebab tertentu sahaja atau “marriage of convenience”.
“Kita berjuang untuk rakyat, saya yakin bahawa kita mempunyai persefahaman lebih jitu dalam BN, sebelah sana (pembangkang), ‘only marriage of convenience’, kita sentiasa konsisten, tetapi sebelah sana ‘consistenly inconsistent,” kata Datuk Seri Najib, Pengerusi Barisan Nasional.
Oleh kerana mahu harapkan undi, mereka buat janji manis yang bukan-bukan dan berubah-ubah sampai jadi mengelirukan. Pada 25 Disember 2016, Pengerusi PH, Mahathir kata pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang kerana katanya pemberian itu adalah bertujuan membeli undi.
Kemudian pada 15 Januari 2017, beberapa minggu selepas itu Mahathir pusing cerita kata pembangkang setuju teruskan pemberian BR1M jika menang pada PRU14.
GST pun sama, cakap hendak hapus. Kemudian masa bentangkan bajet alternatif kepada orang ramai menjelang pembentangan Bajet 2018 oleh kerajaan BN pada Oktober 2017, pembangkang kata akan kekalkan GST dengan kadar 0 peratus.
Mereka mengelirukan rakyat dengan perkataan menghapuskan padahal mereka mahukan GST dalam bajet alternatif mereka. BR1M, GST dan soal siapa hendak jadi Perdana Menteri adalah bukti jelas betapa tidak konsistennya pembangkang.
Wakil rakyat pembangkang juga ada satu perangai suka lari kawasan dalam setiap kali pilihanraya. “Bapa Lari Kawasan” adalah Lim Kit Siang, sudah 8 tempat berlainan dia sudah lari. Dalam pilihanraya akan datang, dengarnya hendak lari lagi ke Alor Setar pula.
Terbaru, Azmin Ali pun mahu tiru cara Kit Siang ini juga. Azmin Ali sudah berkira-kira hendak bertanding di Parlimen Shah Alam. Mahu tinggalkan Gombak. Nampak sangatlah Azmin tidak jaga langsung pengundi di Gombak, kalau sudah jadi MB kenapa takut dan lari lagi dari kawasan asal? Mesti ada masalah besar.
Turut sama hendak lari bersama Azmin adalah ‘Mak Lampir’ atau nama sebenarnya Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang sekarang ini. ‘Mak Lampir’ hendak lari bertanding di Hulu Langat. Kes skandalnya memiliki beberapa buah kenderaaan mewah, kes Adam Rosli dan tidak jaga kawasan membuat ‘Mak Lampir’ takut bertanding lagi di Ampang.
Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah juga nampaknya hendak lari kawasan. Mahu lari dari Lembah Pantai untuk bertanding di Permatang Pauh. Mak dia pun hendak lari khabarnya dari DUN Kajang, mahu bertanding di DUN Penanti. Wan Azizah dah mula berangan hendak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang pula gantikan Guan Eng yang dijangka kena kes rasuah pada 14 Januari nanti.
Mahathir pun sama, hendak lari kawasan juga pada PRU14. Katanya tidak berani lagi bertanding di Kubang Pasu. Hendak bertanding tempat lain, Mahathir tahu dia menang dulu bukan sebab diri dia tetapi sebab sokongan parti UMNO. Bila lawan UMNO, orang UMNO akan lawan balik Mahathir.
Lebih lebih lagi bila Mahathir sudah duduk sama dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Lagi ramai orang marah. Lebih teruk bila sanggup jadi PM sementara untuk jadi boneka DAP semata mata.
Mukhriz pun akan lari dari Jerlun. Sama juga dengan Muhyiddin. Inilah perangai pembangkang, mereka akan lari kawasan bila terlalu banyak sangat isu atau tidak hiraukan rakyat di kawasan. Buat janji pula di tempat baru, kemudian bila jadi ‘taik’ tinggal pula tempat itu dan lari tempat lain pula. Itulah kitaran hidup wakil rakyat pembangkang.
Organisasi pembangkang pun masih kelam kabut. Ada sampai empat orang nakhoda iaitu Penasihat, Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden. Hanya mampu putuskan siapa jadi PM sementara sahaja, bukannya jawatan PM yang kekal. Belum lagi dikira siapa bakal kabinet bayangan. Huru haranya pembangkang.
Logo PH pun belum siap. Mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat. Pemiliihan CEC DAP pun tipu undi dan perwakilan. Inilah rupa dan wajah pembangkang di Malaysia, sentiasa tidak konsisten dan suka lari kawasan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB725, Khamis
4 Januari 2018

Mesyuarat Agung PPBM Tidak Ikut Perlembagaan, Sekadar Syok Sendiri Sahaja, Mesyuarat Agung PPBM yang diadakan 30 Disember lepas sebenarnya tidak…

Mesyuarat Agung PPBM Tidak Ikut Perlembagaan, Sekadar Syok Sendiri Sahaja
Mesyuarat Agung PPBM yang diadakan 30 Disember lepas sebenarnya tidak ikut perlembagaan parti itu sendiri. Buat kerja sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
Mesyuarat Agung dibuat hanya sekadar syok sendiri sahaja. Kemudian jadi medan ceramah Mahathir untuk hentam mufti yang digelarnya sebagai kafir dan meminta maaf pada seteru politik lamanya.
Bukan sedikit, malahan boleh dikatakan peraturan utama dalam Perlembagaan PPBM tidak diikuti oleh kepimpinan khususnya Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad. Ia mengundang kemarahan orang PPBM sendiri yang melihatkan mesyuarat yang digelar Perhimpunan Agung PPBM itu hanyalah untuk suka-suka tanpa mementingkan kepentingan ahli.
Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che Onn sudah pun menggesa siasatan terperinci terhadap mesyuarat pertama PPBM oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran pelanggaran peraturan oleh parti itu.
Dalam Perlembagaan parti itu, mesyuarat agung tahunan hanya boleh diadakan selepas persidangan peringkat cawangan dan bahagian parti sudah selesai diadakan.
Dalam Fasal 17, perkara 17.3, Persidangan Bahagian hendaklah terdiri daripada, Ketua Cawangan yang cawangannya telah mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan iaitu tahun 2017.
Daripada persidangan di peringkat Bahagian dan Cawangan ini, barulah para perwakilan dipilih untuk hadir ke mesyuarat agung tahunan. Siapa sebenarnya yang memilih para perwakilan yang hadir ke mesyuarat agung di Shah Alam itu kalau mesyuarat yang sepatutnya diadakan itu tiada?
Kata ada 137 Bahagian, wakil daripada bahagian mana yang datang sebenarnya?Patutlah nampak ada muka muka yang semacam budak sekolah sahaja memenuhi ruang belakang dewan sewaktu mesyuarat agung PPBM itu.
Kalau ikut kata Amerus, pemilihan perwakilan pun tak ikut perlembagaan parti.
“Pemilihan perwakilan ke mesyuarat agung tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir ke mesyuarat agung pertama itu,” katanya.
Bukan itu sahaja, persidangan sayap parti iaitu Armada dan Srikandi juga tidak pernah diadakan.
Persidangan dua sayap itu adalah syarat penting untuk mengadakan perhimpunan agung. Perlembagaan yang mereka sendiri tulis telah mereka langgar dan tidak patuhi.
“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan.. Maka saya mendesak ROS membuat siasatan terperinci berhubung perkara ini,” kata Amerus.
Ucapan dasar Mahathir sebagai Pengerusi PPBM juga mengundang rasa tidak puas hati para perwakilan kerana ia menjadi medan politik Mahathir untuk meluahkan dendam dan kebencian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya menyampaikan amanat untuk menyelesai kemelut dalaman parti.
Semua perkara PPBM buat tangkap muat sahaja asalkan ada, dan kemudian adakan perhimpunan agung sebab takut parti akan diharamkan oleh ROS.
Apabila berucap, Mahathir gunakannya sebagai platform untuk menyuarakan kebencian dan menyerang peribadi para pemimpin negara khususnya Najib.
Pada 1 November 2017, lapan Bahagian PPBM di negeri Johor buat laporan kepada ROS kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan di semua peringkat parti.
Ia adalah Bahagian Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Armada Semberong iaitu sayap anak muda PPBM. Semua bahagian adalah dalam negeri yang sama dengan Presiden PPBM iaitu Muhyiddin Yassin.
Kalau 8 bahagian ini sudah gagal adakan mesyuarat, siapa sebenarnya yang diangkut sebagai perwakilan mewakili 8 bahagian ini ke mesyuarat agung PPBM?
Dalam aturcara perhimpunan agung itu juga, sepatutnya penyata kewangan tahunan parti diumumkan oleh Bendahari tetapi ia tidak berlaku dan tidak ada sebarang pengumuman berkaitan kewangan parti.
Dari mana PPBM dapat duit parti? Dapat derma dari mana mana taukeh kah? Kenapa takut hendak umum jumlah duit parti yang telah dibelanjakan?
Pengumuman berapa jumlah keahlian juga tidak dibuat ketika mesyuarat agung berkenaan.
Satu masa dulu, ada orang kuat Mahathir kata ada 6 juta orang termasuk ahli UMNO akan mendaftar dalam PPBM. Kalau ada 6 juta ahli, kenapa takut umumkan jumlah keahlian masa mesyuarat agung PPBM?
Jumlah ahli UMNO makin bertambah tambah. Tahun lepas sahaja, tambah lagi 70,576 ahli baru. Jumlah pada tahun 2017 ialah 3,644,295 manakala jumlah keahlian pada tahun 2016, ialah 3,573,719 orang.
Kegagalan menguruskan parti yang baru ditubuhkannya hanya kerana agenda peribadi adalah bukti kegagalan besar Mahathir. Lebih buruk lagi bila buat mesyuarat agung dan tidak ikut peruntukan undang undang yang mereka tulis sendiri.
Dulu PKR ditubuhkan kerana agenda mahu membela peliwat dan menjatuhkan Perdana Menteri. Hari ini, parti PPBM ditubuhkan semata mata kerana mahu anak sendiri jadi PM dan mahu jatuhkan Perdana Menteri.
Kedua dua parti ini gagal. Bukti bahawa parti yang ada agenda peribadi tidak akan ke mana mana, akhirnya akan memakan diri sendiri. Sudahlah ada agenda peribadi dan kroni, langgar pula peraturan yang mereka tulis sendiri.
Tulisan :
Beruang Biru
BB723, Rabu
3 Januari 2018